Friday, 22 September 2017

MAJLIS PENUTUP HARI KEMERDEKAAN

Assalamualaikum & selamat sejahtera, kami dari kumpulan Hello Kitty ingin berkongsi mengenai majlis penutup hari kemerdekaan peringkat Politeknik Metro Johor Bahru. Majlis ini berlangsung pada 17 september 2017 iaitu pada hari ahad dari pukul 8.00 pagi-1.00 petang. Majlis penutup ini juga telah mengadakan pertandingan tema berpakaian patriotik. Majlis bermula pada pukul 8.00-8.30 pagi dengan perarakan motor berhias oleh pelajar-pelajar PMJB. Setiap pelajar diberikan bendera untuk dikibarkan. Pada 8.30 pagi setiap pelajar harus mendaftarkan diri dengan mengisi kehadiran mengikut kelas masing-masing. Sarapan pagi juga disediakan kepada setiap pelajar yang hadir pada hari tersebut.


 Gambar di atas menunjukkan pelajar-pelajar menunggu kedatangan Pn. Norah dan pensyarah yang lain.


Tepat pada pukul 9.00 pagi,ketibaan Puan pengarah PMJB kita iaitu Pn. Norah Binti Hj. Mohd Zan diikuti ketibaan para pensyarah yang lain bersama-sama bagi menjayakan majlis penutup hari kemerdekaan. Setibanya, Puan pengarah dan pensyarah yang lain,kami semua bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Bangsa Johor dan lagu Politeknik Malaysia. Bagi meneruskan majlis,diikuti bacaan doa yang dibacakan oleh wakil daripada pelajar PMJB.


Pada pukul 9.25 pagi, majlis diteruskan dengan ucapan tiga orang wakil pelajar yang mengikuti YSS (Yayasan Sukarelawan Siswa) di Vietnam dan Sabah. Antara topic yang mereka sampaikan ialah mereka sangat merendah diri dengan kebolehan mereka berbanding peserta sukarelawan yang lain kerana peserta sukarelaan yang lain mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti. Walau bagaimanapun,mereka tetap bersemangat untuk menaikkan nama PMJB diperingkat antarabangsa. Selain itu, topic seterusnya yang mereka kongsikan ialah,mereka menceritakan perbezaan budaya ,makanan dan juga kos pembelanjaan makanan ketika mereka berada disana.


Gambar di atas merupakan salah seorang pelajar PMJB yang mengikuti YSS menceritakan pengalaman mereka 

Selepas ucapan daripada wakil pelajar yang mengikuti YSS, seterusya pula giliran ucapan oleh Puan Pengarah PMJB. Pn. Norah telah memberikan ucapan mengenai peperiksaan akhir yang bakal tiba tidak lama lagi. Seterusnya, Pn. Norah telah memberi nasihat terhadap semua pelajar-pelajar PMJB supaya tidak merendah diri dan sentiasa bangga dengan pencapaian Politeknik Metro Johor Bahru. Di samping itu, Pn. Norah juga menceritakan mengenai isu-isu semasa di Negara kita ini seperti kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang melibatkan pelajar-pelajar bawah umur. Oleh itu, Pn. Norah menasihati semua pelajar PMJB supaya tidak terikut-ikut sikap yang tidak elok di sekeliling kita.


Gambar di atas menunjukkan  Pn. Norah memberikan ucapan ketika majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan

Pada pukul 10.05 pagi, ketibaan penceramah iaitu Prof Madya Dr Hafidzi B. Mohd Noor. Tajuk yang beliau ingin menyampaikan ialah Riwayat Negara Bangsa. Sebelum beliau menyampaikan ceramah , beliau menceritakan terlebih dahulu mengenai isu-isu semasa seperti kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz dan isu-isu  berbangkit yang lain.



Gambar di atas menunjukkn Prof Madya Dr Hafidzi memberi ceramah kepada pelajar PMJB


Pada pukul 12.05,majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pelajar PMJB yang menyertai pertandingan kemerdekaan dan cenderahati kepada penceramah jemputan. Seterusya , pada pukul 12.30 tengah hari pula giliran Miss Hana untuk menyampaikan taklimat peperiksaan kepada semua pelajar PMJB. Akhir sekali, pada pukul 1.00 tengah hari berakhirnya majlis.


 Gambar di atas menunjukkn salah seorang pelajar PMJB menerima hadiah






Friday, 8 September 2017

TOKOH YANG DIPILIH


DATO' ONN JAAFAR


BIOGRAFI :


LATAR BELAKANG 

    
    Dato Onn Jaafar dilahirkan di Bukit Gambir Jalan Gertak Merah, Johor Bahru. Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang perempuan. Bapanya merupakan Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Datuk Jaafar berketurunan Bugis dan berasal dari Daik. Ibunya bernama Rugayah yang berasal dari Timur Dekat, berketurunan Turki. Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil. Belaiu telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya ke England bersama tiga orang Putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar, dan Tunku Ahmad. 




Gambar Dato Onn Jaafar bersama keluarganya.





LATAR PENDIDIKAN

  
   Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil. Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya ke England bersama tiga orang Putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar, dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat pelajarannya di England, beliau telah pulang ke tanah air iaitu Johor pada 25 Mac 1910 dan beliau melanjutkan pelajarannya lagi di Maktab Melayu Kuala Kangsar.  




LATAR HIDUP BERUMAHTANGGA 

  
    Dato Onn Jaafar telah menamatkan zaman bujangnya lalu bertemu jodohnya yang pertama iaitu dengan Che' Rafiah Binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Hawa, Rukiah dan Cik Salehah. Namun begitu, jodoh beliau tidak panjang kerana Che' Rafiah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa melahirkan Cik Salehah. Kemudian, Dato Onn Jaafar telah berkahwin dengan Cik Jamilah Binti Othman  dan dikurniakan seorang anak iaitu Azmir. Walau bagaimanapun jodoh beliau bersama Cik Jamilah tidak berpanjangan lalu mereka bercerai dan Dato Onn telah berkahwin dengan Datin Halimah Binti Hussain dan dikurniakan enam orang anak iaitu Tun Hussein, Gharib, Major Ja'afar, Tahir, Nurziah dan akhir sekali Nel. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein sebagai suami isteri selama 41 tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.




      Gambar Dato Onn Jaafar bersama isterinya iaitu Datin Halimah 



                                                                                                                Disediakan oleh: Nurul Arina



DATO' ONN JAAFAR MENJADI WARTAWAN 

     
      Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur, membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu. Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga penghujung 1933.




DATO' ONN JAAFAR DIBUANG KE SINGAPURA

   
       Pada tahun 1917, Sultan Johor mengarahkan Onn Jaaafar menyertai Pasukan Tentera Johor (JMF) dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Jawatan tertinggi beliau ialah Leftanan. 'Johor Malay Force' ini ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar.
    
     Pada 1920 beliau bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
Dari tahun 1927-1936 Onn Jaafar dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF. Sultan Ibrahim telah memerintahkan supaya mendakwa Sunday Mirror, tetapi perkara itu lenyap begitu sahaja.

      Pada awal bulan Oktober 1930, Onn Jaafar mengkritik perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Helen Wilson (1889-1978) seorang wanita England. Pada 12 Mac 1934, baginda mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen Wilson dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.


                                                                                      Disediakan oleh : Farish Danish






 KERJAYA DATO` ONN JAAFAR

         
           1946 - Dilantik menjadi Menteri Besar Johor.
      1948- Mengekalkan kedudukan raja-raja Melayu.
      1954 - Penubuhan parti negara.
      1959 - Berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen                          Kuala Terengganu.
  • Berjaya menubuhkan Umno pada tahun 11.05.1946




  •                    Pada 1 Okt 1946, Dato onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor .                               


     GARIS MASA DATO ONN JAAFAR


     Berikut adalah antara garis masa Dato Onn Jaafar:


    1895: Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru.
    1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan          masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita            Inggeris.
    1902: Ibunya Rugayah meninggal dunia.
    1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia    ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
    1910: 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
    1910-1911: Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
    1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
    1911: Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang    merupakan anak angkat bapanya). Mendapat empat orang                anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
    1915: Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat        seorang anak iaitu Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
    Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon               bangsawan. 
    1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau    Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
    1919: Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda        adiknya. Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
    1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat         oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas                   baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
    1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di           Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
    1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar.
    1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji                  RM1440.00.
    1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai    British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi                      motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan                      sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
    1927-1936: Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim         kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim                                           memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday       Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan                 membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi                 menggunakan JMF.
    1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar     Melayu di Singapura.
    1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian    Lembaga.
    1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.
    1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri        Johor.
    1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat.
    1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
    1946: Menganjurkan Kongres Melayu 1946.
    1946-1951 (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi                  presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar    Johor pada 1 Jun 1947.
    1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan         menumpukan kepada UMNO.

                                                    

             Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di-Pertua-UMNO




    1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority           (RIDA).
    1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada          semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan      sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat        Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
    1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
    1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti              Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah        untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada        tahun 1955.
    1955: Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955.
    1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang               (dikatakan menyertai PAS).
    1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala    Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
    1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam          Mahmoddiah Johor Bahru.



                                 

    Gambar di atas menunjukkan makam Dato Onn Jaafar di Johor Bahru.

                                                                               
                                                                                                                      Disediakan oleh: Siti Raudah



    PERJUANGAN DATO ONN JAAFAR

         
           Pada tahun1935, Dato Onn Jaafar telah menerbitkan Selamat Johor sempena Hari Kemahkotaan Sultan Johor ke 40. Beliau telah memuatkan berita-berita istana yang positif dalam Selamat Johor.

       

         Pada tahun 1938, Dato' Onn jaafar telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Pada masa Dato' Onn Jaafar menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, cadangan beliau mewujudkan biasiswa pelajaran kepada pelajar-pelajar Melayu yang berkelayakan telah diterima. Biasiswa tersebut biasiswa pertama diwujudkan di Negeri Johor. 

        

          Dato Onn Jaafar dipercayai oleh Pentadbiran Tentera Jepun dengan menjadi pegawai bekalan mengagih makanan semasa zaman Jepun. Beliau mengikut arahan kuasa yang diberikan dan tidak menggunakan kuasa dan pangkat beliau secara bias. Namun, Dato' Onn Jaafar telah membantu memberikan bekalan makanan kepada pergerakan kiri yang anti Jepun secara rahsia dan senyap. 

        

           Dato Onn Jaafar menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor. Ini disebabkan Malayan Union akan melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu. Dato Onn Jaafar telah berjya menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union.

        

           Pada bulan Mei 1946, Kongres Melayu ketiga telah diadakan di Istana Besar Johor Bahru dan kongres bersetuju untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO)

        

          Pada 1951, Dato Onn Jaafar mengemukakan cadangan pembukaan keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum malah cadangan tersebut telah ditentang. Oleh sebab penentangan itu, Dato Onn Jaafar meletakkan jawatannya sebagai presiden UMNO semasa persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951. Selepas peninggalan Dato Onn Jaafar daripada UMNO, beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tetapi perti tersebut tidak mendapat sokongan  daripada orang Melayu. Oleh itu, beliau terpaksa menubuhkan  Parti Kemerdekaan Malaya (PKM) pada tahun 1954. Namun, partinya gagal lagi kerana tidak mendapat sokongan. Dengan keusahaannya, beliau akhirnya berjaya mendapat satu kerusi di Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959.









                                                                                                       Disediakan oleh: Naquib Adam


    Rujukan: 



      https: //www.umno-online.my/sejarah/presiden-umno/dato%E2%80%99-onn-jaafar/

      https: //www.scribd.com/document/171836432/Latar-Belakang-Dato-Onn-Bin-Jaafar

       https: //www.scribd.com/document/122324546/dato-onn-jaafar

      https: //ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar


    Thursday, 24 August 2017

    Video Ringkas Tentang Sejarah Dato Onn Jaafar






    E-Pembentangan : Nurul Arina Binti Shaharuddin 



    E-Pembentangan : Siti Raudah Binti Borhan


    E-Pembentangan : Naquib Adam Bin Sirajuddin

    Tuesday, 13 June 2017

                                            TOKOH

                     Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji                                                    Ahmad Badawi              
      Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan LepasPulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys SchoolPulau Pinang.

                                                                  KEKELUARGAAN

      Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.
      Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
      PENDIDIKAN
    Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam.

     KERJAYA

    Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
    Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.
    Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
    • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
    • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
    • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
    • Menteri Pelajaran (1984-86)
    • Menteri Pertahanan (1986-87)
    • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

    Sebagai Timbalan Perdana Menteri

    Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.
    Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

    Sebagai Perdana Menteri


    Abdullah Badawi dengan George W. Bush
    Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.
    Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.
    Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

    PENTADBIRAN DI BAWAH PEMERINTAHAN BELIAU
    Sebagai Pengerusi Barisan Nasional
    Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
    Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.
    Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu SelangorPulau PinangKedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut. 

    Melepaskan jawatan Perdana Menteri

    Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
    Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
    ANUGERAH 
    TahunNama AnugerahDaripada
    2010Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri UtamaPersekutuan
    2009Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - TunPersekutuan
    2007Bintang Republik Indonesia Adi PradanaIndonesia
    2005Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.)Terengganu
    2004Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
    2004Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)Cuba
    2004Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri UtamaMelaka
    2004Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.)Johor
    2003Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk PatinggiSarawak
    2003Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri DirajaPerak
    2001Fellowship KehormatInstitute of Engineers Malaysia
    2001Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) - Dato' Seri DirajaPerlis
    2000Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri UtamaNegeri Sembilan
    2000Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' SeriSelangor
    1999Fellowship KehormatLondon Chartered Institute of Marketing
    1999Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Dato' SriPahang
    1999Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri PanglimaSabah
    1997First Class Order Of Friendship Of DPRKRepublik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)
    1997Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk SeriPulau Pinang
    1994A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White ElephantThailand
    1994Grand Cross Of The Order Of MeritChile
    1992Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato'Selangor
    1992Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik KoreaRepublik Korea (Korea Selatan)
    1991Grand Cordan Of The Order Of The Sacred TreasureJepun
    1987Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika SyarikatAmerika Syarikat
    1983Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo HwanRepublik Korea (Korea Selatan)
    1981Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - DatukPulau Pinang
    1979Darjah Johan Negeri (D.J.N.)Pulau Pinang
    1974Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)Persekutuan
    1971Ahli Mangku Negara (A.M.N)Persekutuan
                                             GARIS MASA



    Sekian, terima kasih.


    Monday, 12 June 2017

                                  ASSALAMUALAIKUM

    Kami dari kumpulan ''HELLO KITTY'' dari kelas DLS1A ingin menceritakan sedikit tentang aktiviti kami sepanjang kelas Pengajian Malaysia (DUB 1012)  di Politeknik METRO Johor Bahru bersama Dr. Azlina binti Ahmad.

                                               PENGENALAN

    Ini adalah kumpulan HELLO KITTY sedang membuat perbincangan tentang E-Folio dalam kumpulan sendiri  


    Dari Kanan : Naquib Adam bin Sirajuddin, Mohamad Faris Danish Bin Abdul Rahaman, Siti Raudah Binti Borhan, Nurul Arina Binti Shaharuddin.



    Pada 11 JUN 2017 hari Ahad, Dr. Puan Azlina memberi penerangan bagi cara penggunaan blog dan pendapat tentang blog-blog setiap kumpulan. Puan juaga menyentuh tentang E-Folio yang setiap kumpulan harus memuat naik mengenai hasil pembelajaran kami pada hari tersebut. 

    Selepas ucapan Dr. Puan Azlina, setiap kumpulan sedia bermula untuk mengemas kini E-Folio mereka di dalam sebuah blog.



    Semua ahli kumpulan sedia berkumpul di depan PC untuk mengemas kini E-Folio dalam blog





    Assalamualaikum, pada 13 Julai, kami telah pergi ke Muzium Tokoh Johor Bangunan Dato' Jaafar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh Dr.Azlina. Kami bertolak daripada PMJB pada pukul 8 pagi. Setibanya kami di Muzium Tokoh Johor, kami diarahkan untuk berkumpul dalam kumpulan masing-masing dan harus melaksanakan tugasan yang diberikan. Di dalam Muzium tersebut, penjaga Muzium Tokoh tersebut telah menceritakan serba sedikit mengenai salasilah keluarga Dato' Jaafar. Selain itu, penjaga Muzuim tersebut menyiarkan video tentang kawasan rumah yang didiami oleh Dato'Jaafar sekeluarga. Dato' Jaafar telah menghantar anak-anaknya belajar dalam pelbagai bidang. Seterusnya, kami dibenarkan untuk melihat antara koleksi-koleksi yang terdapat di Muzium seperti gambar yang ditunjukkan di bawah:

    (Kumpulan kami tiba di Muzium Tokoh Johor Bahru)

    Kemudian, kami diarahkan untuk mencari tokoh-tokoh yang hendak dikaji untuk dimuat naik ke dalam e-folio.

    (Pelajar PMJB mencari maklumat tokoh yang dipilih sebagai bahan didalam e-folio masing-masing)




    Selain itu juga, kami dibenarkan untuk melihat koleksi-koleksi artifak yang terdapat di dalam muzium tersebut.







    (Beberapa artifak yang terdapat didalam bangunan tersebut yang juga pernah digunakan oleh tokoh terdahulu)






















    Setelah memilih tokoh yang hendak dikaji dan dimuat naik ke e-folio, kami melakukan perbincangan bersama untuk mengenalpasti biodata dan salasilah keluarga tokoh yang telah kami pilih.


    Setelah selesai lawatan kami ke Muzium Tokoh Johor, kami dibenarkan untuk ke perpustakaan untuk mengkaji tokoh yang telah dipilih. Sebelum itu, kami juga diberi kesempatan untuk melihat bagaimana tenunan songket dilakukan dengan teiliti oleh pekerja yang telah mahir. Akhir sekali, hasil kajian kami tentang tokoh yang telah kami pilih iaitu Dato' Onn Jaafar dan Tun Dato' Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi  telah siap dan dimuat naik ke dalam e-folio.