Kami dari kumpulan ''HELLO KITTY'' dari kelas DLS1A ingin menceritakan sedikit tentang aktiviti kami sepanjang kelas Pengajian Malaysia (DUB 1012) di Politeknik METRO Johor Bahru bersama Dr. Azlina binti Ahmad.
PENGENALAN
Ini adalah kumpulan HELLO KITTY sedang membuat perbincangan tentang E-Folio dalam kumpulan sendiri
Dari Kanan : Naquib Adam bin Sirajuddin, Mohamad Faris Danish Bin Abdul Rahaman, Siti Raudah Binti Borhan, Nurul Arina Binti Shaharuddin.
Pada 11 JUN 2017 hari Ahad, Dr. Puan Azlina memberi penerangan bagi cara penggunaan blog dan pendapat tentang blog-blog setiap kumpulan. Puan juaga menyentuh tentang E-Folio yang setiap kumpulan harus memuat naik mengenai hasil pembelajaran kami pada hari tersebut.
Selepas ucapan Dr. Puan Azlina, setiap kumpulan sedia bermula untuk mengemas kini E-Folio mereka di dalam sebuah blog.
Semua ahli kumpulan sedia berkumpul di depan PC untuk mengemas kini E-Folio dalam blog
Assalamualaikum, pada 13 Julai, kami telah pergi ke Muzium Tokoh Johor Bangunan Dato' Jaafar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh Dr.Azlina. Kami bertolak daripada PMJB pada pukul 8 pagi. Setibanya kami di Muzium Tokoh Johor, kami diarahkan untuk berkumpul dalam kumpulan masing-masing dan harus melaksanakan tugasan yang diberikan. Di dalam Muzium tersebut, penjaga Muzium Tokoh tersebut telah menceritakan serba sedikit mengenai salasilah keluarga Dato' Jaafar. Selain itu, penjaga Muzuim tersebut menyiarkan video tentang kawasan rumah yang didiami oleh Dato'Jaafar sekeluarga. Dato' Jaafar telah menghantar anak-anaknya belajar dalam pelbagai bidang. Seterusnya, kami dibenarkan untuk melihat antara koleksi-koleksi yang terdapat di Muzium seperti gambar yang ditunjukkan di bawah:
(Kumpulan kami tiba di Muzium Tokoh Johor Bahru)
Kemudian, kami diarahkan untuk mencari tokoh-tokoh yang hendak dikaji untuk dimuat naik ke dalam e-folio.
(Pelajar PMJB mencari maklumat tokoh yang dipilih sebagai bahan didalam e-folio masing-masing)
Selain itu juga, kami dibenarkan untuk melihat koleksi-koleksi artifak yang terdapat di dalam muzium tersebut.
(Beberapa artifak yang terdapat didalam bangunan tersebut yang juga pernah digunakan oleh tokoh terdahulu)
Setelah memilih tokoh yang hendak dikaji dan dimuat naik ke e-folio, kami melakukan perbincangan bersama untuk mengenalpasti biodata dan salasilah keluarga tokoh yang telah kami pilih.
Setelah selesai lawatan kami ke Muzium Tokoh Johor, kami dibenarkan untuk ke perpustakaan untuk mengkaji tokoh yang telah dipilih. Sebelum itu, kami juga diberi kesempatan untuk melihat bagaimana tenunan songket dilakukan dengan teiliti oleh pekerja yang telah mahir. Akhir sekali, hasil kajian kami tentang tokoh yang telah kami pilih iaitu Dato' Onn Jaafar dan Tun Dato' Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi telah siap dan dimuat naik ke dalam e-folio.
No comments:
Post a Comment