Friday, 8 September 2017

TOKOH YANG DIPILIH


DATO' ONN JAAFAR


BIOGRAFI :


LATAR BELAKANG 

    
    Dato Onn Jaafar dilahirkan di Bukit Gambir Jalan Gertak Merah, Johor Bahru. Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang perempuan. Bapanya merupakan Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Datuk Jaafar berketurunan Bugis dan berasal dari Daik. Ibunya bernama Rugayah yang berasal dari Timur Dekat, berketurunan Turki. Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil. Belaiu telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya ke England bersama tiga orang Putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar, dan Tunku Ahmad. 




Gambar Dato Onn Jaafar bersama keluarganya.





LATAR PENDIDIKAN

  
   Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil. Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya ke England bersama tiga orang Putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar, dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat pelajarannya di England, beliau telah pulang ke tanah air iaitu Johor pada 25 Mac 1910 dan beliau melanjutkan pelajarannya lagi di Maktab Melayu Kuala Kangsar.  




LATAR HIDUP BERUMAHTANGGA 

  
    Dato Onn Jaafar telah menamatkan zaman bujangnya lalu bertemu jodohnya yang pertama iaitu dengan Che' Rafiah Binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Hawa, Rukiah dan Cik Salehah. Namun begitu, jodoh beliau tidak panjang kerana Che' Rafiah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa melahirkan Cik Salehah. Kemudian, Dato Onn Jaafar telah berkahwin dengan Cik Jamilah Binti Othman  dan dikurniakan seorang anak iaitu Azmir. Walau bagaimanapun jodoh beliau bersama Cik Jamilah tidak berpanjangan lalu mereka bercerai dan Dato Onn telah berkahwin dengan Datin Halimah Binti Hussain dan dikurniakan enam orang anak iaitu Tun Hussein, Gharib, Major Ja'afar, Tahir, Nurziah dan akhir sekali Nel. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein sebagai suami isteri selama 41 tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.




      Gambar Dato Onn Jaafar bersama isterinya iaitu Datin Halimah 



                                                                                                                Disediakan oleh: Nurul Arina



DATO' ONN JAAFAR MENJADI WARTAWAN 

     
      Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur, membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu. Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga penghujung 1933.




DATO' ONN JAAFAR DIBUANG KE SINGAPURA

   
       Pada tahun 1917, Sultan Johor mengarahkan Onn Jaaafar menyertai Pasukan Tentera Johor (JMF) dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Jawatan tertinggi beliau ialah Leftanan. 'Johor Malay Force' ini ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar.
    
     Pada 1920 beliau bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
Dari tahun 1927-1936 Onn Jaafar dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF. Sultan Ibrahim telah memerintahkan supaya mendakwa Sunday Mirror, tetapi perkara itu lenyap begitu sahaja.

      Pada awal bulan Oktober 1930, Onn Jaafar mengkritik perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Helen Wilson (1889-1978) seorang wanita England. Pada 12 Mac 1934, baginda mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen Wilson dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.


                                                                                      Disediakan oleh : Farish Danish






 KERJAYA DATO` ONN JAAFAR

         
           1946 - Dilantik menjadi Menteri Besar Johor.
      1948- Mengekalkan kedudukan raja-raja Melayu.
      1954 - Penubuhan parti negara.
      1959 - Berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen                          Kuala Terengganu.
  • Berjaya menubuhkan Umno pada tahun 11.05.1946




  •                    Pada 1 Okt 1946, Dato onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor .                               


     GARIS MASA DATO ONN JAAFAR


     Berikut adalah antara garis masa Dato Onn Jaafar:


    1895: Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru.
    1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan          masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita            Inggeris.
    1902: Ibunya Rugayah meninggal dunia.
    1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia    ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
    1910: 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
    1910-1911: Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
    1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
    1911: Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang    merupakan anak angkat bapanya). Mendapat empat orang                anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
    1915: Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat        seorang anak iaitu Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
    Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon               bangsawan. 
    1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau    Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
    1919: Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda        adiknya. Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
    1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat         oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas                   baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
    1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di           Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
    1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar.
    1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji                  RM1440.00.
    1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai    British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi                      motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan                      sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
    1927-1936: Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim         kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim                                           memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday       Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan                 membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi                 menggunakan JMF.
    1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar     Melayu di Singapura.
    1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian    Lembaga.
    1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.
    1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri        Johor.
    1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat.
    1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
    1946: Menganjurkan Kongres Melayu 1946.
    1946-1951 (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi                  presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar    Johor pada 1 Jun 1947.
    1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan         menumpukan kepada UMNO.

                                                    

             Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di-Pertua-UMNO




    1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority           (RIDA).
    1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada          semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan      sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat        Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
    1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
    1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti              Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah        untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada        tahun 1955.
    1955: Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955.
    1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang               (dikatakan menyertai PAS).
    1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala    Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
    1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam          Mahmoddiah Johor Bahru.



                                 

    Gambar di atas menunjukkan makam Dato Onn Jaafar di Johor Bahru.

                                                                               
                                                                                                                      Disediakan oleh: Siti Raudah



    PERJUANGAN DATO ONN JAAFAR

         
           Pada tahun1935, Dato Onn Jaafar telah menerbitkan Selamat Johor sempena Hari Kemahkotaan Sultan Johor ke 40. Beliau telah memuatkan berita-berita istana yang positif dalam Selamat Johor.

       

         Pada tahun 1938, Dato' Onn jaafar telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Pada masa Dato' Onn Jaafar menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, cadangan beliau mewujudkan biasiswa pelajaran kepada pelajar-pelajar Melayu yang berkelayakan telah diterima. Biasiswa tersebut biasiswa pertama diwujudkan di Negeri Johor. 

        

          Dato Onn Jaafar dipercayai oleh Pentadbiran Tentera Jepun dengan menjadi pegawai bekalan mengagih makanan semasa zaman Jepun. Beliau mengikut arahan kuasa yang diberikan dan tidak menggunakan kuasa dan pangkat beliau secara bias. Namun, Dato' Onn Jaafar telah membantu memberikan bekalan makanan kepada pergerakan kiri yang anti Jepun secara rahsia dan senyap. 

        

           Dato Onn Jaafar menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor. Ini disebabkan Malayan Union akan melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu. Dato Onn Jaafar telah berjya menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union.

        

           Pada bulan Mei 1946, Kongres Melayu ketiga telah diadakan di Istana Besar Johor Bahru dan kongres bersetuju untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO)

        

          Pada 1951, Dato Onn Jaafar mengemukakan cadangan pembukaan keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum malah cadangan tersebut telah ditentang. Oleh sebab penentangan itu, Dato Onn Jaafar meletakkan jawatannya sebagai presiden UMNO semasa persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951. Selepas peninggalan Dato Onn Jaafar daripada UMNO, beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tetapi perti tersebut tidak mendapat sokongan  daripada orang Melayu. Oleh itu, beliau terpaksa menubuhkan  Parti Kemerdekaan Malaya (PKM) pada tahun 1954. Namun, partinya gagal lagi kerana tidak mendapat sokongan. Dengan keusahaannya, beliau akhirnya berjaya mendapat satu kerusi di Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959.









                                                                                                       Disediakan oleh: Naquib Adam


    Rujukan: 



      https: //www.umno-online.my/sejarah/presiden-umno/dato%E2%80%99-onn-jaafar/

      https: //www.scribd.com/document/171836432/Latar-Belakang-Dato-Onn-Bin-Jaafar

       https: //www.scribd.com/document/122324546/dato-onn-jaafar

      https: //ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar


    No comments:

    Post a Comment