Tuesday, 13 June 2017

                                        TOKOH

                 Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji                                                    Ahmad Badawi              
  Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan LepasPulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys SchoolPulau Pinang.

                                                              KEKELUARGAAN

  Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.
  Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
  PENDIDIKAN
Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam.

 KERJAYA

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.
Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
  • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
  • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
  • Menteri Pelajaran (1984-86)
  • Menteri Pertahanan (1986-87)
  • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.
Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri


Abdullah Badawi dengan George W. Bush
Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.
Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.
Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

PENTADBIRAN DI BAWAH PEMERINTAHAN BELIAU
Sebagai Pengerusi Barisan Nasional
Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.
Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu SelangorPulau PinangKedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut. 

Melepaskan jawatan Perdana Menteri

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
ANUGERAH 
TahunNama AnugerahDaripada
2010Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri UtamaPersekutuan
2009Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - TunPersekutuan
2007Bintang Republik Indonesia Adi PradanaIndonesia
2005Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.)Terengganu
2004Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
2004Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)Cuba
2004Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri UtamaMelaka
2004Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.)Johor
2003Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk PatinggiSarawak
2003Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri DirajaPerak
2001Fellowship KehormatInstitute of Engineers Malaysia
2001Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) - Dato' Seri DirajaPerlis
2000Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri UtamaNegeri Sembilan
2000Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' SeriSelangor
1999Fellowship KehormatLondon Chartered Institute of Marketing
1999Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Dato' SriPahang
1999Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri PanglimaSabah
1997First Class Order Of Friendship Of DPRKRepublik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)
1997Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk SeriPulau Pinang
1994A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White ElephantThailand
1994Grand Cross Of The Order Of MeritChile
1992Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato'Selangor
1992Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik KoreaRepublik Korea (Korea Selatan)
1991Grand Cordan Of The Order Of The Sacred TreasureJepun
1987Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika SyarikatAmerika Syarikat
1983Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo HwanRepublik Korea (Korea Selatan)
1981Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - DatukPulau Pinang
1979Darjah Johan Negeri (D.J.N.)Pulau Pinang
1974Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)Persekutuan
1971Ahli Mangku Negara (A.M.N)Persekutuan
                                         GARIS MASA



Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment